Eksport biojisim langkaui RM300j

Industri biojisim negara mampu berkembang pada kadar menakjubkan dengan jumlah eksport ke Eropah selain pelaburan pihak dari rantau berkenaan ke Malaysia, dianggarkan melangkaui angka RM300 juta.

Ketua Perwakilan Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Vincent Piket berkata, jumlah itu berdasarkan permintaan yang diterima terhadap program Pengeluaran Mapan Industri Biomas di Malaysia (Biomass-SP) yang dibiayai kesatuan berkenaan.

“Banyak syarikat Eropah menyatakan minat tinggi bekerjasama dalam bidang tertentu antaranya produk biokomposit yang diperbuat daripada sekam padi, pelet biojisim sawit, pelet kayu, tempurung isi rung sawit dan briket biojisim.

“Selain itu, banyak di kalangan pelabur yang berminat melabur kilang pengeluaran pelet kayu, loji kuasa biojisim dan projek biogas memerangkap gas metana,” katanya pada sidang media selepas pelancaran tertutup Persidangan Rakan Kongsi Amalan Terbaik dan Perniagaan Biojisim EU-Asia 2012 di Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Piket berkata, dijangkakan 50 syarikat Eropah menghadiri persidangan berkenaan yang bakal berlangsung 7 hingga 10 Mei 2012 untuk meneroka peluang perniagaan dan kerjasama alam sekitar dengan pemilik kepentingan biojisim Malaysia, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pengeluar utama biojisim contohnya syarikat perladangan dan kilang minyak sawit.

Katanya, inisiatif berkenaan menambah usaha berterusan Malaysia dan negara anggota EU yang bergerak ke arah mempertingkatkan alam sekitar berkarbon rendah.

“Kami juga menggalakkan kerjasama perniagaan dalam teknologi hijau. Syarikat Eropah adalah peneraju dunia dalam industri mesra alam dan kami berasakan sektor teknologi hijau mempunyai potensi besar untuk dibangunkan di Malaysia,” katanya.

Read more:
http://www.hmetro.com.my/articles/EksportbiojisimlangkauiRM300j/Article/

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>